Skip to main content

Hoki

Vikneswaran kekal Presiden KLHA bagi penggal 2025/27

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Selepas beberapa kali Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) tertangguh, I. Vikneswaran akhirnya mengekalkan jawatan sebagai Presiden KLHA bagi penggal 2025/2027 selepas menang tanpa bertanding.

Undian daripada ahli gabungan juga menyaksikan Joherman Amir mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Presiden, selain Datuk Rosal Azimin, Nasrun Mustapha dan Jasbere Singh kekal sebagai Naib Presiden.






Dalam pada itu, S. Balakrishnan dilantik naib presiden baru, manakala Naib Presiden Wanita kekal digalas Habzibah Sudin.

Pemilihan jawatankuasa persatuan turut menyaksikan pencalonan Datuk Sri Megat D. Shahriman bagi mencabar Vikneswaran dibatalkan susulan dokumen tidak lengkap.

Untuk rekod, Vikneswaran bergelar Presiden KLHA sejak 2022 selepas  memangku jawatan itu dan menggantikan penyandang, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin.

Advertisement

Must Watch Video