Skip to main content

Hoki

Vikneswaran akui cabaran sambung legasi Sarjit

img_2179.jpg
Ketua jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), I. Vikneswaran, mengakui berdepan cabaran meneruskan kejayaan yang diraih pasukan itu selepas menggantikan Sarjit Singh.

Tugasan pertama tidak berpihak kepada bekas jurulatih Sapura itu apabila tewas dalam final Piala Tan Sri P. Alagendra, kelmarin, dengan aksi pertama Liga Hoki Malaysia pula akan bermula Jumaat ini. 

Bertemu UniKL di tempat sendiri, katanya, harus dimanfaatkan selain peluang menjulang Piala Sumbangsih buat kali pertama walaupun persiapan THT sedikit terjejas.

"Kami masih menunggu seorang lagi tonggak import manakala dua pemain tempatan patah jari.

"Saya ambil positif cabaran ini dan THT perlu memberi persembahan terbaik untuk mendapat momentum dari awal saingan liga," jelasnya.

Bercakap dalam Majlis Pelancaran Jersi THT semalam, Vikneswaran berkata kelemahan mereka sudah dikenal pasti untuk pertemuan dengan UniKL.

Mempertahankan corak permainan skuad bimbingannya, kegagalan menyudahkan deretan peluang menerusi pukulan sudut penalti disifatkan punca aksi sumbang pasukan itu.

"UniKL pasti mempertaruhkan semua tonggak importnya tapi saya percaya dengan kemampuan serta komitmen pemain-pemain THT," tambah Vikneswaran.

Advertisement

Must Watch Video