Sudah semestinya rakyat Malaysia tidak akan melupakan kesungguhan G. Saravanan, yang meneruskan saingan sehingga ke garisan penamat untuk bergelar juara Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dalam acara 50 kilometer (km) jalan kaki.
Meskipun mengalami kekejangan otot, semangat wajar yang dipersembahkan mencuri hati rakyat Malaysia untuk merangkul pingat emas ke-10 kontinjen negara pada ketika itu.
Namun, episod duka menimpa dirinya apabila dia kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ekoran menghidap penyakit Motor Neurone Disease (MND), penyakit sama seperti yang dihidapi legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari (Supermokh).
MND merupakan penyakit yang menyebabkan kelemahan otot dan akan menjadi lebih teruk selama beberapa bulan atau tahun. Ia biasanya memendekkan hayat dan buat ketika ini, ia tiada penawar tetapi rawatan di hospital boleh membantu menguruskan gejalanya.
Ini situasi terkini Saravanan, 55, selepas krew Astro Arena menziarahi dirinya hari ini.

Ini merupakan situasi terkini bekas pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 acara Jalan Kaki 50KM yang mengalami Motor Neurone Disorder (MND), penyakit yang sama dialami arwah Dato' Mokhtar Dahari
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) April 16, 2025
Bagaimana nasibnya selepas ini?
Berita selanjutnya di Nadi Arena @ASTROARENA pic.twitter.com/hJEjZOEZgc