Skip to main content

Sukan Lain

Universiade: Kontinjen Malaysia buru pingat emas sulung di Chengdu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

361910686_670108058479930_9000868056083282832_n.jpg
Kontinjen Malaysia mengimpikan butiran pingat emas sulung buat negara di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China.

Malaysia diwakili majoriti atlet yang beraksi di Sukan SEA kini berada di tahap terbaik untuk membawa cabaran negara ke Universiade. 

Sepanjang penyertaan di Universiade, pencapaian terbaik negara adalah pada edisi 2017 di mana Malaysia mengumpul tiga perak dan tiga gangsa di Taiwan.

Bagi gandingan campuran poomsae taekwondo negara, Nurul Hidayah Abdul Karim dan Jason Loo, saingan Universiade diibaratkan sebagai antara pentas terbesar dalam menyaingi wakil terbaik peringkat dunia.

"Selepas tamat Sukan SEA, ketika ini kami berada di tahap terbaik. Berdasarkan kontinjen Malaysia, kami menghadirkan barisan atlet terbaik dan berharap untuk memenangi pingat emas di Chengdu," kata Nurul Hidayah.

Imej: FB Sukan IPT

Advertisement

Must Watch Video