Skip to main content

Sepak Takraw

Undian Piala Asia ASTAF: Ini cabaran bakal dilalui skuad negara di laman sendiri

astaf-piala-asia.jpg
Skuad sepak takraw negara akan memulakan saingan Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa pada 9 Mei ini.

Dalam majlis undian sebentar tadi, skuad kuadran negara diundi dalam Kumpulan B dan akan bertemu Filipina, Jepun dan China. Satu lagu kumpulan pula menempatkan Vietnam, Singapura, Korea Selatan dan Pakistan.

Dalam pada itu, cabaran besar menanti pemain negara dalam kategori double apabila Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama juara dunia, Thailand, selain Taiwan dan Nepal. Ia turut menyaksikan skuad negara mengelak daripada bertemu Indonesia, India dan Brunei, yang diundi dalam Kumpulan A.

Bagi acara tumpuan, iaitu kategori regu, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Filipina, Nepal dan Singapura. Taiwan, India dan Brunei pula diletakkan dalam Kumpulan A manakala Indonesia, Korea Selatan dan Thailand diundi dalam Kumpulan B. Kumpulan C pula diisi Vietnam, China, Pakistan dan Jepun.

Menanti Malaysia bagi acara regu berpasukan ialah Korea Selatan, Brunei dan Jepun, sekali gus mengelakkan Thailand, China, India dan Singapura dalam Kumpulan A.



 

Advertisement

Must Watch Video