Skip to main content

Sukan Lain

Undian AJNA 2018 kini bermula!

poster_jagoan-nadi_calon-(2)_1.jpg
Selepas penerjun negara, Cheong Jun Hoong, dinobatkan selaku pemenang Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2017, kini usaha mencari pemilik edisi kedua anugerah itu telah bermula.

Untuk AJNA 2018, undian telah mula dibuka sejak jam 8 malam ini dan akan berakhir pada jam 12 tengah malam, 18 Januari ini.

Seramai lima atlet kebangsaan telah diletakkan sebagai calon terakhir untuk mengungguli anugerah itu kali ini, iaitu Syarul Azman Mahen Abdullah (angkat berat), Rafiq Ismail (boling), Azizulhasni Awang (berbasikal trek), Goh Jin Wei (badminton) serta Ridzuan Puzi (olahraga para).

Undian terbahagi kepada dua aspek, iaitu 30 peratus menerusi undian peminat di laman sosial sementara baki 70 peratus daripada persatuan sukan kebangsaan dan pihak media.

Ayuh, mulakan proses pemilihan anda dengan cara klik di sini.
 

Advertisement

Must Watch Video