Jaguh welterweight England, Michael 'Venom' Page, membuktikan betapa peralihannya ke kategori middleweight sebagai satu keputusan yang tepat apabila berhasil memberikan petarung di ranking ke-15, Shara 'Bullet' Magomedov, kekalahan pertama dalam pertarungan UFC Fight Night di Riyadh, Arab Saudi awal pagi tadi.
Bekas bintang wielterweight itu mengelirukan Magomedov dengan pelbagai tipu muslihat yang disusuli dengan siri pukulan tepat untuk mendapatkan mata secara konsisten sepanjang tiga pusingan pertarungan itu.
Magomedov, yang terkenal dengan kecepatan dan pendekatan agresif dalam pertarungan, seakan-akan sukar membaca gerakan lawan itu dan keliru dengan corak pertarungan Page, yang bertindak bijak mengelak serangan lawan sebelum melepaskan pukulan balas.
Selepas 15 minit pertarungan, keputusan juri memihak Page dengan 30-27, 30-27, 29-28, sekali gus memberikan Magomedov kekalahan pertama sepanjang kariernya di UFC.