Atlet Ultimate Fighting Championship (UFC), Bryce Mitchell, tidak akan dikenakan tindakan oleh majikannya meskipun Presiden UFC, Dana White, secara terang-terangan tidak senang dengan komennya mengenai anti-LGBTQ dan anti-semitik.
Mitchell -- yang memegang rekod 17-2 dalam kelas featherweight -- menyatakan kekagumannya terhadap bekas pemimpin parti Nazi di Jerman, Adolf Hitler, sambil mengutuk pergaulan bebas sesama jantina di dalam siaran pertamanya di podcast.
White menjelaskan bahawa mereka serta-merta menghubungi petarung Amerika Syarikat berusia 30 tahun itu dalam usaha menyatakan kekesalan mereka.
Namun, White berkata penonton kini boleh melihat sendiri Mitchell dibelasah secara siaran langsung.
Bagaimanapun, Mitchell yang kini di ranking ke-13 featherweight sejak menyertai UFC pada 2018 tidak mempunyai jadual pertarungan dalam waktu terdekat.