Skip to main content

Sukan Lain

Tze Liang bakal dilantik sebagai jurulatih pelapis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tze-liang.jpg
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, telah dilantik sebagai jurulatih pelapis skuad terjun negara yang berkuat kuasa mulai Mac tahun hadapan.

Namun, menurut Setiausaha Agung Renang Malaysia, Andy Low, Tze Liang masih menjalani latihan bersama skuad  negara sehingga hujung Januari sebelum membuat keputusan untuk bersara daripada sukan terjun.

"Tiada masalah bagi Andy untuk memberikan Tze Liang tanggungjawab mengendalikan skuad pelapis memandangkan dia memahami tugas seorang jurulatih," kata Andy Low menerusi Nadi Arena.

Dalam hal ini, Persatuan Renang Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Instruktor Penyelamat Kelemasan yang berlangsung selama empat hari di Pusat Akuatik Negeri Sembilan.

Kursus itu membuka peluang kepada golongan muda untuk mempelajari kaedah penyelamatan mangsa dengan teknik yang tepat, selain meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan berenang secara selamat.

Advertisement

Must Watch Video