Skip to main content

Menembak

Trofi Tun Haniff 2017: Ezuan, Alia Sazana cipta rekod kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

170317-menembak-ezuan-nasir-khan.jpg

Dua penembak negara, Ezuan Nasir Khan serta Alia Sazana Azahari, memecahkan rekod kebangsaan dalam laluan mereka memenangi acara masing-masing dalam Kejohanan Trofi Tun Haniff 2017. 

Ezuan turun dalam acara 50 meter rifle prone selaku pilihan utama selepas memenangi saingan 10 meter air rifle, hari ini. 

Malah, dia turut memecahkan rekod kebangsaan dalam acara berkenaan. 

Dalam saingan hari ini, dia meraih kemenangan dengan rekod berganda apabila memperoleh 249.09 mata untuk bergelar juara. 

Ia sekaligus melenyapkan seketika kekecewaan yang dialami atlet yang mewakili ATM itu ekoran digugurkan daripada Program Podium. 

Dua lagi atlet kebangsaan, Muhammad Zubair Mohammad dan Zul Haziq Rosli, kedua-duanya mewakili Kuala Lumpur, mengakhiri saingan di tempat kedua dan ketiga. 

"Saya mewujudkan tekanan kepada diri sendiri supaya saya dapat menyesuaikan diri dengan suasana Sukan SEA.

"Maka, saya anggap aksi hari ini seperti dalam Sukan SEA. 

"Rekod yang dicipta hari ini disebabkan kami baru memperkenalkan peraturan baru dalam final, jadi ini dikira sebagai rekod baru kebangsaan," ujar Ezuan. 

Sementara itu, Alia Sazana tidak menduga dia mampu memecahkan rekod acara 10 meter air pistol wanita. 

Meskipun bermula perlahan, atlet berusia 25 tahun itu mula menemui bidikan lebih baik untuk muncul juara dengan catatan 235.5 mata. 

Joseline Cheah berada di tempat kedua manakala penembak veteran, Bibiana Ng, menduduki tempat ketiga. 

"Saya gembira dengan kemenangan ini. Ia kejutan besar buat saya memandangkan suasana gemuruh yang diberikan penyokong. 

"Saya berpuas hati dengan prestasi hari ini kerana berjaya untuk kekal tenang dan membuat bidikan terbaik,” katanya. 

"Sebaik sahaja mengetahui saya memenangi pingat emas, ia bonus dan saya sangat gembira dengan kemenangan ini," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video