Kita semua sudah tiada alasan lagi untuk tidak mencuba sukan pickleball, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, terutamanya jika anda peminat fanatik Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Biduanita negara kesayangan ramai itu sememangnya aktif bersukan dan terbaharu, Tokti tidak ketinggalan untuk menyertai kerancakan sukan pickleball yang sedang hangat di rantau ini.
Selepas pickleball menjadi tema ulang tahun perkahwinan ke-19 Tokti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa, dia dilihat tidak mengambil rehat yang panjang sekembalinya daripada menyertai karnival muzik di Jakarta, Indonesia yang sebelum ini turut dianjurkan di Malaysia iaitu Pestapora.
Rupanya penghibur no.1 negara yang digelar Voice of Asia itu dalam rangka persiapan untuk satu kejohanan amal anjuran Kelab Sukan Yayasan Nurjiwa yang disokong Yayasan Nurjiwa, sebuah badan amal yang turut aktif menghulurkan bantuan ke bumi Palestin sejak penubuhannya pada 2006.
Dinamakan Paddle For Hope Pickleball Tournament, kejohanan yang turut membuka ruang kepada semua untuk bersukan sambil menyumbang itu akan berlangsung pada 19 hingga 21 September ini di GPA Arena, Subang Jaya dan mempertandingkan tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran, selain turut menawarkan kategori remaja.
Anda rasa Tokti sesuai bertanding dalam kategori yang mana satu?