HOKI
TNB terus komited lahir pemain bertaraf dunia
Kejohanan hoki 6 dan 7 sepasukan Piala TNB Thunderbolts 2024 kembali dianjurkan buat kali kedua selepas penganjuran terdahulu berlangsung pada 2019.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus komited dalam melahirkan pemain negara bertaraf dunia -- malah inisiatif itu bermula sejak 1970an lagi.
Sukan hoki begitu sinonim dengan syarikat tenaga terkemuka itu menerusi pelbagai program pembangunan hasil jalinan kerjasama bersama Konfederasi Hoki Malaysia.
Iklan
Perlawanan tumpuan, aksi final premier pool Bawah 18 tahun lelaki berlangsung sengit sebelum Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) menumbangkan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 2-1.
Watak utama kemenangan SSTMI terletak pada kebijaksanaan Adam Ashraf yang juga merupakan pemain skuad hoki piala dunia remaja negara.
Adam yang baru berusia 18 tahun mengharapkan tuah beraksi di venue keramat — Padang Kelab Kilat (TNB) Bangsar sambil optimis meneruskan legasi legenda terdahulu negara yang pernah berlatih di situ.
"," katanya menerusi Nadi Weekend.
Must-Watch Video