Skip to main content

Hoki

TNB serah baki tajaan RM4 juta

tnb-tajaan.jpg
Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan baki tajaan RM4 juta kepada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi penganjuran pelbagai kejohanan tempatan di bawah kelolaan badan induk itu.

RM4 juta itu merupakan baki daripada jalinan kerjasama yang telah dimeterai sejak 2015.

Secara keseluruhan, jumlah penajaan itu telah mencecah RM20 juta.

Ia merupakan kesinambungan usaha yang dilakukan syarikat utiliti itu bagi melahirkan pemain hoki bertaraf dunia sejak 2006.

Kejohanan yang ditaja TNB adalah Liga Hoki Malaysia (LHM), Liga Hoki Divisyen 1, Liga Hoki Remaja dan Liga Hoki Peringkat Negeri.
 
Majlis penyerahan tajaan tersebut berlangsung di Ibu Pejabat TNB, Bangsar, dengan disampaikan oleh Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat TNB, Datuk Omar Sidek.

Turut berlangsung adalah sesi memperkenalkan pemain pasukan TNB dan TNB Thunderbolts menjelang LHM 2019 yang akan bermula 11 Januari ini.

Advertisement

Must Watch Video