SEPAK TAKRAW
Tiga tahun kepimpinan baru PSM
Dalam arena sukan negara, Sepaktakraw telah mencetuskan fenomena baru dengan kejayaan penganjuran peringkat antarabangsa dua tahun berturut-turut dan kejayaan membanggakan buat pasukan kebangsaan dalam masa yang singkat iaitu hanya dua tahun.
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), telah membawa perubahan besar yang memberi impak positif kepada pembangunan sukan tradisional ini, bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa dengan fenomena ini berlarutan sehingga Presiden PSM digelar “Arkitek Sepaktakraw Malaysia”.
Pada Februari 2022, PSM berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kemelut besar yang melanda PSM apabila PSM disingkirkan daripada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan juga Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), malah hanya tinggal lima ahli gabungan PSM daripada 18 sebelumnya dan berada di ambang pembubaran oleh Pesuruhjaya Sukan.
Iklan
Bayangkan hanya tinggal lima ahli gabungan PSM yang tinggal dari 18 ahli gabungan. Malah, kehadiran entiti baharu, MASTAF, yang diluluskan untuk menggantikan PSM, menjadikan keadaan semakin genting dan menambah luka yang mendalam kepada PSM khususnya dibawah kepimpinan yang baru, terutamnya Presiden PSM yang baru. Besarnya cabaran dan masalah yang harus dipikul oleh PSM.
Namun, dengan karisma dan kebijaksanaan kepimpinannya, Dato’ Sumali bukan hanya berani berhadapan dengan kemelut dan cabaran amat besar, malah beliau berjaya bangkit menyelesaikan pelbagai masalah besar yang melanda PSM.
Hari demi hari, PSM bekerja keras untuk mengembalikan kredibiliti PSM. Usaha PSM membuahkan hasil apabila semua ahli gabungan yang telah keluar sebelum ini kembali ke pangkuan PSM, malah jumlahnya meningkat kepada 23 ahli gabungan. Pada masa yang sama, PSM telah diterima semula menjadi ahli gabungan ISTAF dan ASTAF.
Lebih membanggakan PSM, Presiden PSM telah dilantik sebagai Naib Presiden ISTAF pada tahun 2023.
Tidak sampai dua tahun selepas mengambil alih kepimpinan, Dato’ Sumali dan PSM membuktikan keberaniannya dengan menganjurkan Sepaktakraw Piala Dunia 2024. Kejohanan ini merupakan julung kali
diadakan, tetapi turut diiktiraf ISTAF sebagai salah satu kejohanan sepak takraw paling berkualiti dan berjaya di peringkat dunia.
Sepaktakraw Malaysia kembali bersinar apabila pasukan kebangsaan berjaya memberikan pingat emas kepada Malaysia bagi dua acara dari tiga acara yang dipertandingkan di Piala Dunia tahun 2024.
Sekali lagi tindakan berani PSM menganjurkan Sepaktakraw Piala Asia Tahun 2025 yang berakhir baru-baru ini.
Dengan penganjuran yang sangat hebat dan mendapat sambutan yang luar biasa dari pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara terutamanya peminat-peminat dan penggiat Sepaktakraw di Malaysia.
Sekali lagi pasukan Kebangsaan memberikan sinar gemilang dengan ke semua empat acara dipertandingkan Malaysia ke Final. dua pingat emas dan dua pingat Perak amat membanggakan kita semua.
Emas dalam acara kuadran setelah lapan tahun acara ini diperkenalkan dan berjaya mengekalkan Juara acara Regu dalam 3 acara kejohanan peringkat antabangsa sebelum ini, dan yang terkini Juara Regu Piala Asia 2025.
Walaupun sekadar Naib Juara acara Double dan regu berpasukan di Piala Asia, semangat juang dan ketabahan pemain2 Malaysia semasa final memberikan petanda Thailand tidak boleh lagi mendabik dada dan bukan lagi kuasa besar Sepaktakraw di dunia.
Ringkasan Kronologi
- Februari 2022 kepimpinan baru PSM penggal 2022 - 2025
- December 2022 Mastaf dibubarkan
- Jun 2023 PSM diterima kembali Ahli Gabungan ISTAF
- Mei 2024 Istaf World Cup
- Mei 2025 Astaf Asian Cup
Kesimpulannya:
- 1 tahun bergelut dengan krisis dalaman PSM
- 1 tahun setengah bergelut dengan krisis ISTAF ASTAF
- 1 tahun setengah mengorak langkah membina semula struktur jurulatih, pasukan dan kejohanan peringkat antarabangsa.
Beberapa Program baru dan Kejohanan:
Kejayaan Kejohanan bertaraf Antarabangsa dua tahun berturut2 yang diiktiraf paling terbaik oleh ISTAF dan ASTAF
- Kejohanan baru Tun Ali Cup
- kejohanan remaja kebangsaan
- Sepaktakraw League (STL) dan STL Champion Cup yang berprestij.
- 2 kali bengkel Plan Pembangunan Sepaktakraw
- Klinik Sepaktakraw
- 6 siri kursus jurulatih 2 in 1 Sport coaching plus. Sport pertama melaksankan
- Program pelapis PSM-MARA tahun ke 2 di Kuantan, Pahang
KEJAYAAN PASUKAN
- Juara acara Regu World Cup 2024 setelah 10 tahun
- Juara acara Regu King Cup Thailand 2024
- Juara acara regu Asian Cup 2025
- Juara acara Double World Cup 2024 setelah 13 tahun diperkenalkan acara regu tahun 2011
- Juara acara Quadrant Asian Cup KL 2025 setelah 8 tahun diperkenalkan tahun 2017
- Naib Juara Berpasukan World Cup KL 2024, King Cup Thailand 2024 dan Asian Cup KL 2025
SEJARAH BARU
- National Sepaktakraw Development (NSTDP)
- Kembali ke Sukan Teras
- Mendapat bangunan dan rumah sendiri Kompleks Sukan Jalan Raja Muda Kg Baru
- Anugerah khas Pasukan Sepaktakraw di Majlis Anugerah Sukan SAM 2024
- Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik Kebangsaan Anugerah Sukan Kebangsaan 2024
- Presiden PSM dipilih sebagai Naib Presiden MOM. Pengitirafan kepada Sukan Sepaktakraw.
SEGALA-GALANYA BERLAKU DALAM MASA YANG SINGKAT. GELOMBANG DAN FENOMENA BARU SEPAKTAKRAW MALAYSIA. DIMANA2 ORANG BERCERITA MENGENAI SEPAKTAKRAW.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SELURUH AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PSM
Must-Watch Video