Skip to main content

Sukan Lain

Tiga pemanah elit tidak terpilih ke Bangkok -- Jae-hyung

lee-jae-hyung.jpg
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Lee Jae-hyung, mengesahkan tiga jaguh compound yang kembali ke pangkuan skuad kebangsaan tidak terpilih untuk menyertai Grand Prix Memanah Asia di Bangkok, Thailand, Mac depan. 

Kepulangan semula Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lip tidak bermakna mereka terus dapat dipilih untuk mewakili negara.

Skuad compound sudah menjalani proses pemilihan membabitkan pemanah di seluruh negara dengan hanya empat wakil dipilih untuk menghadapi Grand Prix Asia dan diikuti Siri Piala Dunia Memanah di China, sebulan selepas itu.

Dalam senarai itu, hanya M. Kambeswaran mempunyai pengalaman mewakili negara dan pernah beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Kami menyenaraikan empat pemanah menerusi sesi pemilihan selama empat hari.

"Ketiga-tiga pemanah yang kembali itu perlu menjalani sesi pemilihan kedua April depan.

"Jika berjaya, mereka akan mewakili negara dalam Kejohanan Memanah Dunia," katanya.

"Kesemua pemanah yang terpilih memiliki kemahiran tinggi.

"Mereka berupaya untuk mendapatkan mata yang tinggi.

"Mereka dipilih secara adil berdasarkan sesi pemilihan yang dijalankan," kata pemanah compound negara, Alang Ariff Aqil Ghazali.

Skuad memanah negara berdepan tugas penting tahun ini untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi Kejohanan Memanah Dunia di Belanda, Jun depan.

Bagaimanapun, hanya acara recurve dipertandingkan dalam temasya di Tokyo itu.

Advertisement

Must Watch Video