Tindakan memboikot latihan oleh tiga atlet Program Podium negara menyaksikan suasana suram di padang MSN, Bukit Jalil, pada saat nama-nama besar pula memilih untuk menjauhkan diri.
Hanya dua jaguh negara masih teguh berdiri iaitu Jonathan Nyepa dan Zulfiqar Ismail yang kekal mendapat bimbingan Pengarah Teknikal Kejurulatihan Malaysia Athletics (MA), Robert Ballard.
Mereka menegaskan tiada isu, tiada masalah dan hubungan dengan Ballard baik-baik sahaja. Malah, tiada masalah untuk mematuhi ketetapan MA dan Majlis Sukan Negara (MSN).
'setakat ini semuanya OK, saya patuhi program yang ditetapkannya.
"Mungkin kalau (soal) perubahan (prestasi) tidaklah ketara tidak nampak disebabkan belum ada pertandingan tapi atlet sendiri boleh berasakannya.
"Kalau prestasi turun sedikit sekalipun, ia mungkin disebabkan program baru yang memerlukan kami menyesuaikan diri," katanya.
Tambah mereka, ini bukan soal siapa yang melatih, sebaliknya siapa yang mahu terus berjuang demi nama negara.
Wakil Astro Arena juga telah berusaha untuk mendapatkan reaksi Ballard, namun dia enggan memberi komen lanjut.
"Sudah 10 tahun kami bergelar atlet jadi programnya berulang.
"Cuma tahap prestasi pada hari pertandingan menjadi penentu.
"Dengan sesiapa pun atlet berlatih dan program, atlet kena ubah mentaliti barulah boleh pergi jauh," katanya.