Pemain ragbi 7 sepasukan negara, Wan Azley Wan Omar, terpaksa mengetepikan kesedihan atas pemergian ibunda tercinta, Allahyarhamah Faridah binti Mat Zain, yang kembali ke Rahmatullah malam tadi.
Wan Azley ketika ini bersama skuad Bunga Raya 7s bagi menghadapi Asia Rugby Emirates Sevens Series 2025 di Hangzhou, China.
Menerusi Facebook Malaysia Rugby, mereka turut berkongsi perkhabaran sedih itu yang berbunyi, "Innalillahiwainnailaihirojiun.
"Salam takziah kepada ahli keluarga Wan Azley Wan Omar atas pemergian ibunda, Allahyarhamah Faridah binti Mat Zain. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
"Wan Azley Wan Omar kini berada di China, beraksi bersama pasukan Bunga Raya 7s untuk Asia Rugby Emirates Sevens Series."