BOLING
TERKINI: Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong
Skuad boling lelaki negara muncul juara dalam cara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2, di Kowloon, Hong Kong, sebentar tadi.
Wakil negara yang dibarisi Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam memenangi tiga daripada empat perlawanan dengan keputusan 203-170, 216-257,197-180,185-222,227-161, untuk merangkul gelaran itu.
Untuk rekod, kejayaan mara ke pentas akhir selepas menyingkirkan Kuwait 3-1, dan mengulangi pencapaian bergelar juara pada 2003 di Denmark.
Must-Watch Video