Selangor Red Giants.OG Esports (SRG.OG) meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir Mobile Legend Bang-Bang Mid Season Cup 2025 selepas menewaskan wakil Indonesia, RRQ Hoshi 3-2 di Riyadh, Arab Saudi, sebentar tadi.
SRG.OG yang turun selaku juara bertahan beraksi dengan baik dalam awal Perlawanan 1, namun terpaksa akur selepas terperangkap dengan strategi pasukan lawan untuk tewas 31-20.
Begitupun, pemain EXP Laner SRG.OG, Mark Rusiana yang turut dikenali sebagai Kramm memacu kemenangan 21-6 SRG.OG menerusi Perlawanan 2 selepas mencipta 'Maniac' sekali gus menjadikan kedudukan terikat 1-1.
Momentum itu diteruskan SRG.OG dalam Perlawanan 3 dengan mendominasi keseluruhan permainan dengan kali ini giliran John Banal yang turut dikenali sebagai Innocent untuk menoktahkan kemenangan 17-9, serta mendahului RRQ Hoshi kali pertama serta menjadikan kedudukan 2-1.
Wakil Indonesia itu kembali mempamerkan disiplin tinggi dalam Perlawanan 4 untuk mengikat SRG.OG 2-2 sekali gus mengheret skuad kendalian Michael Bocado atau dikenali Arcadia ke set penentuan dengan kemenangan mudah 13-2.
Perlawanan penentuan menyaksikan SRG.OG Kembali mendapatkan rentak dengan corak serangan yang lebih agresif untuk mara bergaya ke separuh akhir menyingkirkan RRQ Roshi 13-4.
Kramm dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam aksi suku akhir itu, dengan Team Spirit (Serbia) mahupun ONIC Filipina akan menanti mereka di pusingan separuh akhir esok.
E-Sukan
(Terkini) MSC 2025: SRG.OG mara ke separuh akhir singkir wakil Indonesia
Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena