Skip to main content

Paralimpik

Terkini: Latif Romly sekali lagi pecah rekod dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abdul-latoif-romly-pecah-rekod.jpg
Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, sekali lagi memecahkan rekod dunia acara lompat jauh T20 dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi, India sebentar tadi.

Abdul Latif melakukan lompatan sejauh 7.67 meter untuk memenangi pingat emas, sekali gus memperbaharui rekod dunia, 7.64 meter, yang dilakukan dalam Sukan Para Asia di Jakarta pada 2018.

Terdahulu, Abdul LatiF turut memecahkan rekod kejohanan 7.61m dalam lompatan pertama sebelum memperbaharui rekod dunia dalam lompatan ketiga.

Pingat perak menjadi milik peserta Arab Saudi, Hassan Dawshi (7.36m) manakala atlet NPA, Matvei Iakushev (7.22m), meraih gangsa.  

 
Supplement

Untuk Tenaga Maksima

Vitamin C Berocca ini bantu badan anda lebih cergas dan bertenaga untuk aktiviti-aktiviti luar.


Cuba Vitamin C Ini

Advertisement

Must Watch Video