Skip to main content

E-Sukan

TERKINI Kejohanan Dunia M6: Selangor Red Giants cemas sebelum ke peringkat kalah mati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg_1.jpg
Satu lagi wakil negara, Selangor Red Giants (SRG), berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati selepas melakar kebangkitan memukau dalam Kejohanan Dunia M6 di pusat beli belah IOI City Mall, Putrajaya sebentar tadi.

Penonton yang hadir menarik nafas lega apabila SRG tidak membenarkan CFU Gaming menguasai permainan kedua meskipun terlebih dahulu mendapatkan mata pertama. 



SRG pantas mengikat kedudukan 1-1 sebelum menoktahkan kemenangan ketiga untuk mengekori rapat Vamos lolos ke pusingan seterusnya.

Advertisement

Must Watch Video