Kesihatan yang tidak mengizinkan sedikit sebanyak merencatkan persiapan Olimpian terjun negara, Bertrand Rhodict Anak Lises menjelang Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung 2 hingga 4 November ini.
Dia yang bakal menyertai dua acara iaitu 10 meter platform seirama dan individu bagaimanapun bersedia sepenuhnya selain tidak meletakkan status sebagai Olimpian menjadi tekanan untuk pamerkan aksi cemerlang.
"Latihan ada terganggung sedikit kerana masalah kesihatan tetapi sudah mula menjalani latihan seperti biasa," katanya menerusi Nadi Arena.
"Beraksi di Paris 2024 memberikan pengajaran berguna untuk terus maju pada masa akan datang."
Menutup kempen kejohanan tahun ini, Enrique Maccartney Anak Harold berpuas hati dengan pencapaian keseluruhannya.
Fokusnya kini teralih untuk melengkapkan misi ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Saya sanggup terlepas kelab demi membuat persiapan kejohanan kali ini, saya meletakkan sasaran untuk memperbaiki catatan peribadi dalam saingan kali ini," kata Enrique.
Ammar Hakim
Tue Oct 29 2024