Dua pemain remaja negara cemerlang dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja British 2019 di Birmingham, England, yang berakhir semalam.
Ameeshenraj Chandaran melakar kejutan apabila mengatasi pilihan utama dari Ireland, Dennis Gilevisky, 8-11, 11-6, 11-5, 11-7 dalam kategori lelaki B-15.
Seorang lagi wakil negara, Nickhileswar Moganasundharam, berjaya menepati reputasinya sebagai pilihan utama kategori lelaki B-11 dengan mengetepikan pilihan kedua dari Mesir, Chris Baddour, 9-11, 11-7, 11-4, 11-6.
Nasib berbeza dilalui juara bertahan kategori perempuan B-15, Aira Azman, apabila gagal mempertahankan gelaran itu selepas tewas kepada pemain pilihan kedua dari Mesir, Salma El Tayeb, 8-11, 11-9, 11-7, 13-15, 7-11.
Seorang lagi pemain negara, Whitney Wilson, yang merupakan pemain pilihan utama kategori perempuan B-11, tewas mengejut kepada pemain pilihan ketiga, Anahat Singh, 11-13, 9-11, 11-7, 9-11.
Harith Danial Jefri turut mengalami nasib sama dalam kategori lelaki B-13 selepas tewas kepada seorang lagi pemain Mesir, Abdallah Eissa, 7-11, 11-9, 11-9, 7-11, 12-14.
-- BERNAMA