Daniil Medvedev perlu melepasi rintangan juara dua kali Terbuka Miami, Andy Murray, dalam misi merampas ranking nombor satu dunia.
Kedudukan Medvedev di puncak ranking ATP berakhir dengan pantas apabila dipintas Novak Djokovic selepas dia tewas dalam pusingan ketiga Indian Wells Masters, minggu lalu.
Bagaimanapun, pemain dari Russia itu berpeluang untuk merampas semula kedudukan tersebut apabila mara ke separuh akhir di Miami, sebentar tadi.
Sebelum memikirkan tentang final kejohanan Masters 1000 itu, Medvedev perlu menjinakkan Murray terlebih dahulu.
Murray pernah memenangi kejohanan ini sebanyak dua kali tetapi tidak menyertainya sejak 2016, ini bermakna perlawanan menentang Federico Delbonis sebentar tadi merupakan penampilan sulungnya di Stadium Hard Rock.
Delbonis memenangi satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini tetapi kali ini mudah ditundukkan 7-6 (7-4), 6-1 walaupun memberikan saingan mantap dalam set pertama.
Medvedev dan Murray juga hanya pernah bertemu sekali sebelum ini yang menyaksikan pemain nombor dua dunia itu lebih menyerlah tetapi ia bukan ukuran dalam pertemuan esok.
“Ia satu cabaran besar buat saya, ujian besar,” kata Murray.
"Saya telah merangka beberapa kem latihan keras selepas kejohanan ini dan ia akan menjadi ujian yang sangat baik untuk mengukur tahap semasa permainan saya selain perkara yang perlu saya usahakan.
"Saya tidak sabar untuk itu."
Sementara itu, tatkala Nick Kyrgios akan berdepan Andrey Rublev, Stefanos Tsitsipas pula mempunyai tugas lebih mudah di atas kertas apabila bakal bertemu pemain kelayakan, J.J. Wolf.

Career win No.701…
— Tennis TV (@TennisTV) March 25, 2022
2x Miami champion @andy_murray defeats Delbonis 7-6(4) 6-1 to set up a second-round meeting with Medvedev!#MiamiOpen pic.twitter.com/29hFnnkP9x