Pemain tenis nombor empat dunia, Alexander Zverev, menghempaskan raketnya ke lantai sebelum tersingkir daripada Kejohanan Tenis Terbuka Australia di Melbourne, hari ini.
Badi kejohanan grand slam terus menghantui bintang Jerman itu selepas ditewaskan Milos Raonic 6-1, 6-1, 7-6 dalam aksi pusingan 16 di Arena Rod Laver.
Kekalahan itu -- bermakna Zverev tidak pernah melangkaui pusingan suku akhir kejohanan grand slam -- jelas tidak dapat diterima pemain berusia 21 tahun itu yang dilihat menghempaskan raketnya ke lantai selepas aksi mengecewakan dalam set kedua.
"Ia membuatkan saya berasa lega.
"Saya amat marah, jadi saya salurkan kemarahan itu keluar," katanya ketika mengulas mengenai insiden itu dalam sidang media pasca-perlawanan.
Ditanya oleh seorang wartawan adakah dia kerap menghempas raket seperti itu, Zverev menjawab: "Kamu tidak pernah menyaksikan perlawanan saya? Kamu perlu menyaksikannya selepas ini," katanya.