Roger Federer berada pada tahap terbaik dalam saingan Terbuka Australia selepas berjaya mengatasi Denis Istomin dalam pusingan pertama.
Juara bertahan itu mempamerkan permulaan baik dengan merakamkan kemenangan 6-3, 6-4, 6-4, dengan Federer tidak diberikan cabaran ketika berdepan Istomin di Arena Rod Laver.
Setiap aspek permainan pemain berusia 37 tahun itu kelihatan lancar, dengan servis deras serta pukulan yang dilakukannya gagal disaingi lawan.
Ditambah dengan beberapa pukulan drop, ia memberikan persembahan mantap buat pemain kelahiran Switzerland itu yang berasa yakin untuk menghasilkan keputusan positif di Melbourne sekali lagi.
"Saya dapat berasakan dapat melakukan pukulan terbaik," katanya. "Saya sangat gembira dengan pusingan pertama ini.
"Saya boleh bergembira selepas kembali beraksi buat pertama kali musim ini. Saya berpendapat ia adalah perkara yang paling merumitkan tetapi ini merupakan satu permulaan terbaik buat saya."