Roger Federer menjamin tempat dalam pusingan keempat Kejohanan Grand Slam Terbuka Australia buat kali ke-17 dalam tempoh 18 tahun menerusi kemenangan stratight set ke atas Taylor Fritz, sebentar tadi.
Federer meniti di landasan tepat untuk merangkul gelaran ketujuh di Melbourne selepas mencatat kemenangan 6-2, 7-5, 6-2 di Arena Rod Laver.
Fritz, yang bermain dalam pusingan ketiga kejohanan utama buat kali kedua, gagal memberi tekanan hebat kepada juara Grand Slam sebanyak 20 kali itu.
Federer menguasai pertarungan sejak awal dalam aksi di bawah bumbung itu ekoran hujan dan juara bertahan sebanyak dua kali tersebut meneruskan rentaknya untuk mendekati gelaran pertama musim ini.
Selepas melepasi halangan Fritz, 21, pemain Switzerland itu akan menghadapi pemain ke-14 dunia, Stefanos Tsitsipas, 20.
Federer membuat permulaan cemerlang sebaik menemui sentuhan sebenarnya dalam game ketiga dengan melakukan pukulan kilas menukar arah gelanggang.
Kesilapan Fritz membolehkan Federer memimpin permainan 4-1 dan hanya membenarkan lawannya dari Amerika Syarikat (AS) itu meraih dua mata dalam set pertama.
Fritz menemui rentak dalam set kedua, namun kesilapannya dalam game ke-11 memberi ruang kepada Federer untuk membuat pukulan balas yang menjamin kemenangan 7-5.
Federer mengekalkan rentaknya untuk mendahului 2-1 dalam set ketiga sebelum tenang mendahului 4-1.
Dia mengambil kesempatan itu dengan melakukan pukulan yang dikenali sebagai 'SABR' (Serangan Helah Roger) untuk merakam kemenangan selesa.