Alize Cornet sedang menikmati detiknya menerusi Terbuka Australia apabila membayangkan ini akan menjadi tahun terakhirnya di atas gelanggang.
Cornet menewaskan penyandang juara Pusingan Akhir WTA, Garbine Muguruza, 6-3, 6-3 sebentar tadi untuk mara ke pusingan ketiga grand slam itu buat kali keenam.
Pemain berusia 31 tahun itu tidak menawarkan satu pun 'break point' sepanjang 87 minit pertarungannya dengan finalis Terbuka Australia 2020 merangkap pemain di ranking ketiga dunia tersebut.
Ia kemenangan ketiga berturut-turut Cornet ke atas Muguruza yang merupakan juara dua grand slam.
Cornet beraksi dalam kejohanan grand slam ke-63 dan Terbuka Australia ke-17 itu, tetapi tidak pernah melangkaui pusingan keempat kejohanan utama.
Ia merupakan perlawanan ke-60 berturut-turut pemain Perancis itu dalam acara grand slam, ini bermakna dia hanya dua perlawanan lagi untuk mengatasi rekod yang dipegang oleh Ai Sugiyama (62).
Sekiranya Cornet, yang akan menentang Tamara Zidansek dalam pusingan ketiga, beraksi dalam setiap grand slam tahun ini, maka dia akan mencipta rekod baru.
Bagaimanapun, sekiranya dia mencapai kejayaan itu, ia mungkin menandakan kerjayanya akan berakhir.
"Saya memberitahu diri sendiri bahawa saya mungkin beraksi dalam tahun terakhir. Saya belum pasti lagi," katanya kepada pemberita.
"Apabila saya melangkah ke gelanggang, saya mahu menikmati saat ini kerana tidak tahu sama ada akan kembali atau tidak. Saya fikir itulah yang membuat perbezaannya.
"Saya mahu beraksi sepanjang tahun dengan memberikan 100 peratus, cuba mengatasi rekod perlawanan berturut-turut dalam grand slam. Selepas itu, saya fikir ia mungkin masa terbaik untuk saya bersara.
"Saya telah mencurahkan banyak perkara untuk sukan ini. Saya rasa saya sudah cukup bersedia untuk beralih ke fasa seterusnya.
“Sudah lama (sejak saya) menewaskan lima pemain terbaik grand slam, jadi ini adalah satu perasaan yang sangat bagus.
"Saya sangat menikmatinya hari ini, ia tidak bermakna saya akan menikmatinya lagi esok!
"Sebab itu dengan adanya keseronokan di sini, saya perlu menikmatinya. Anda tidak pernah akan tahu bagaimana perasaan anda dalam perlawanan seterusnya."
Selain Muruguza, pilihan keenam, Anett Kontaveit, turut disingkirkan pemain remaja, Clara Tauson.

Soak it up ?
— #AusOpen (@AustralianOpen) January 20, 2022
In her 60th consecutive major, @alizecornet completes the biggest upset of the tournament so far. #AusOpen · #AO2022 pic.twitter.com/FyNpJdErij