SUKAN LAIN
Terbuka Australia: Collins tidak sabar bertemu Barty di final
Danielle Collins tidak sabar menikmati pertarungan 'hebat' dalam saingan Terbuka Australia bertemu pilihan tuan rumah, Ash Barty, selepas mengalahkan Iga Swiatek untuk mara ke final grand slam pertamanya.
Collins beraksi cemerlang dalam separuh akhir utama keduanya di Rod Laver Arena, hanya mengambil masa satu jam 18 minit untuk menewaskan Swiatek 6-4, 6-1.
Kemenangan pemain Amerika berusia 28 tahun itu adalah yang kedua baginya ke atas lawan 10 terbaik dalam grand slam.
Iklan
Collins tidak henti-henti melancarkan tekanan ketika Swiatek bergelut gagal memberikan jawapan kepada pendekatan agresifnya, dan pilihan ke-27 itu akan cuba meneruskan rentak cemerlang dengan menafikan Barty gelaran Terbuka Australia yang pertama esok.
April lalu, warga Florida itu menjalani pembedahan kecemasan apabila mengalami endometriosis, berlaku apabila ada kehadiran tisu endometrium (selaput lapisan rahim) luar biasa pada pelbagai organ pembiakan luar rahim seperti ovari.
Collins juga disahkan menghidap artritis reumatoid pada 2018, tetapi dia telah memperbaiki pencapaian untuk kerjayanya di Melbourne Park, hanya tewas dua set dalam perjalanan ke final.
Dia berkata dalam temu bual di gelanggang berikutan kemenangan ke atas Swiatek,"Rasanya luar biasa. Ia adalah satu perjalanan yang begitu, dan ia tidak berlaku dalam sekelip mata. Kerja keras selama bertahun-tahun dan berjam-jam pada usia muda di gelanggang.
"Semalam saya bercakap tentang semua latihan di awal pagi sebelum ke sekolah. Sungguh luar biasa berada di peringkat ini dan terutamanya dengan cabaran kesihatan. Saya sangat bersyukur, dan saya cukup gembira dengan saat ini."
Danielle Collins, how does it feel to be a Grand Slam finalist? ?"It feels amazing." #AusOpen • #AO2022 • #AOinterview pic.twitter.com/CWzMRcENHd— #AusOpen (@AustralianOpen) January 27, 2022
Must-Watch Video