Novak Djokovic tiada masalah untuk mengatasi lawan kurang ternama sementara Milos Raonic meratah maruah Nick Kyrgios di hadapan penyokong sendiri di Melbourne Park menerusi aksi straight set dalam kempen Grand Slam Terbuka Australia, malam tadi.
Terdahulu, jaguh dunia yang juga pilihan pertama kejohanan, Djokovic, meniti di landasan tepat untuk merangkul gelaran ketujuhnya di Australia.
Berdepan pemain pusingan kelayakan dari Amerika Syarikat, Mitchell Krueger, Djokovic menepati ramalan apabila mudah membenam cabaran lawan 6-3, 6-2, 6-2.
Djokovic diramalkan tidak akan menghadapi laluan sukar apabila berada dalam undian mudah sehingga ke pusingan 16.
Dalam pada itu, bintang Kanada, Raonic, enggan memberi muka buat pemain tuan rumah, Nick Kyrgios, apabila meraih kemenangan 6-4, 7-6, 6-4.
Raonic unggul dengan mencatat 30 servis 'ace' selain berjaya mengekang setiap asakan Kyrgios untuknya mudah mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua.
Raonic bakal berdepan Stan Wawrinka dalam aksi penentuan ke pusingan ketiga.