TENIS
Tenis Kuala Lumpur: Sukan pelantar menyatupadukan rakyat
Pusingan separuh akhir Kejohanan Tenis Kuala Lumpur hari ini ini tertumpu kepada acara veteran berumur 55 tahun dan ke atas menyaksikan Abdul Aziz Jusoh dari Kelantan mara ke pusingan akhir.
Dia yang menewaskan Joe Hasnan 7-5, 6-4 lebih mementingkan tahap kecergasan yang terbaik walaupun sudah berumur 59 tahun, dan Aziz mengakui tetap menyimpan hasrat untuk terus bermain selagi kudaratnya masih ada.
"Saya sudah berkecimpung dalam tenis sejak berusia 20-1n.
Iklan
"Paling tidak sehari mesti main tenis sekali sehari kecuali.
"Saya menjadi johan dalam Terbuka PD dan Terbuka KL.
"Saya main setakat mampu, tenis tidak semestinya untuk orang muda, sampai 70 tahun pun boleh.
"Tidak seperti badminton tapi untuk pergi jauh belum tahulah," katanya di Pusat Tenis, Kompleks Sukan Jalan Duta.
Dalam pada itu, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac, berharap usahanya untuk menyatupadukan semua golongan dalam arena sukan membuahkan hasil memberangsangkan..
"Saya mahu melihat masyarakat Malaysia bersatu.
"Dahulu Mokhtar Dahari melihat penyokong sama-sama bersorak di stadium tanpa mengira kaum.
"Sekarang kita terbahagi banyak dan ayuh gunakan sukan untuk bersatu dan menghormati antara satu sama yang lain," katanya dalam Program Tenis Pembangunan Remaja KL anjuran Persatuan Tenis Kuala Lumpur, pagi tadi.
Must-Watch Video