Aksi melibatkan bintang-bintang di ONE Friday Fights 46 menutup tirainya dengan gemilang selepas Tawanchai Thaiset berjaya tundukkan Superbon Banchamek dalam acara utama pada jumaat.

Perlawanan lima pusingan itu menampilkan pertarungan menghiburkan selepas kedua-dua saling menyerang balas sejak pusingan pertama.


View this post on Instagram

A post shared by ONE Championship (@onechampionship)



Superbon yang terkenal dengan tendangan tingginya itu berjaya ditutup segala peluang oleh Tawanchai dengan tendangan hadapan.

Namun petarung dari Singha Mawynn (Superbon) itu pantas sesuaikan diri sekaligus menukar bentuk serangan dengan menggunakan lebih banyak serangan siku ke arah Tawanchai.

Tapi segala serangan bijak dihadapi Tawanchai apabila segala serangan balas agresif yang dilakukannya berhasil memberi mata berharga untuk memenangi perlawanan melalui keputusan juri.

Ini sekaligus Tawanchai berjaya pertahankan gelaran dunia One Featherweight Muay Thai Champion dan dia juga berkongsi bahawa dia akan mengejar satu lagi gelaran dunia tetapi dalam kategori lain.

"Saya ibarat sudah lengkapkan karier Muay Thai selepas kemenangan ke atas Superbon.

"Selepas ini, saya inginkan tali pinggang kickboxing pula," katanya selepas habis perlawanan.