SUKAN LAIN
Tarian singa negara dalam misi kembalikan monopoli
Malaysia dalam persiapan untuk merampas semula gelaran jaguh tarian singa dunia -- kira-kira enam bulan lagi penganjurannya di Arena of Stars, Genting Highland.
Singapura mengakhiri penguasaan 13 tahun pasukan tarian singa dari Malaysia dalam satu Kejuaraan Tarian Singa Dunia Genting di Genting Highland, pada November lalu.
Negeri Seberang Tambak itu menghantar dua wakil yang menyaksikan Team B dinobatkan sebagai juara untuk membawa pulang $15,000 (RM65.860), manakala Team A di tempat ketiga.
Iklan
Wakil negara, Sungai Way Kuan Loke Dragon dan Persatuan Tarian Singa Malaysia pula memenangi tempat kedua.
Sebanyak 36 negara dari seluruh dunia termasuk China dan Amerika Syarikat (AS) turut mengambil bahagian sejak pengenalan pertandingan itu pada 2005.
Justeru, Malaysia yang dalam misi penting bagi menebus kehampaan tahun lalu pastinya mendambakan kejayaan edisi ke-15 kali ini yang juga merupakan ulang tahun ke-60 Resort World Genting.
Must-Watch Video