Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, bingung dengan tindakan lambat daripada Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) berhubung isu sepak takraw regu negara.
Tegas Norza, pihak Majlis Olimpik Asia (OCA) sudah pun menghantar surat kepada INASGOC dan MOM dengan keputusan bagi membenarkan pendaftaran regu negara bagi sukan sepak takraw.
Walaupun surat sudah dikeluarkan dua hari lalu, pihak MOM dan sekretariat dalam Sukan Asia masih belum menerima sebarang kata putus daripada INASGOC.
"Untuk pengetahuan semua, kami telah menerima surat daripada OCA, di mana mereka telah memberi arahan kepada INASGOC untuk memasukkan regu kita dalam kumpulan yang bertanding.
"Namun, permintaan kami untuk memasukkan regu tersebut masih belum dilakukan. Jadi, kami masih menunggu dan saya berhubung dengan CDM (chef-de-mission) dan pihak sekretariat untuk memastikan arahan OCAA itu dilaksanakan," katanya.
Hal itu menyukarkan perancangan skuad regu negara yang kini masih menunggu kata putus rasmi daripada pihak penganjur berhubung status mereka.
Norza, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta hari ini, berhasrat mahu menyelesaikan hal ini dengan kadar segera dengan mengadakan pertemuan dengan INASGOC.
"Hari ini pun saya berjumpa dengan sekretariat kami bagi melihat keadaan ini yang masih lagi tersekat. Namun, saya rasa pihak INASGOC akan menyempurnakan arahan tersebut kerana arahan itu datang terus kepada mereka."