OLAHRAGA
Tajaan MSN suntik semangat baru Shereen
Atlet olahraga pecut negara, Shereen Vallabouy, kini semakin bersedia untuk menghadapi kejohanan musim baru selepas mendapat kelulusan tajaan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyambung sesi latihannya di Amerika Syarikat.
Shereen yang bernaung di bawah jurulatihnya, Derek White mahu meletakkan fokus utama musim ini di Kejohanan Olahraga Tertutup Dunia yang akan berlangsung di Nanjing, China pada 21 hingga 23 Mac ini.
Kejohanan itu sekaligus menjadi medan pertama buat dirinya menilai prestasi terkini untuk menghadapi beberapa kejohanan besar yang lain termasuk Kejohanan Dunia dan temasya dwitahunan, Sukan SEA.
Must-Watch Video