Atlet bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, tidak teragak-agak untuk melupakan Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia dan Asia tahun ini andai tiada bantuan peruntukan sepatutnya sehingga terpaksa bergelut mencari dana.
Syarul, yang merupakan atlet pertama dunia meraih gelaran hatrik Mr Universe, sudah berbelanja sehingga RM40,000 tahun lalu sebagai persiapan menghadapi dua kejohanan utama itu.
Ternyata ia merupakan persediaan yang cukup perit dalam mencari peruntukan dan Syarul mengharapkan nasib berlainan tahun ini dengan bantuan daripada pihak sepatutnya.
Syarul berpendapat sukar bagi mana-mana atlet bina badan untuk kekal konsisten melakukan persiapan rapi tanpa peruntukan secukupnya dan tidak mustahil dua kejohanan utama berkenaan terpaksa dilupakan.
"Saya mungkin tidak akan bertanding tahun ini kerana perbelanjaan yang besar diperlukan," katanya.
Juara Asia empat kali itu perlu lebih berhati-hati apabila baru sahaja mengalami kecederaan belakang ketika sesi latihan semalam dan kini perlu bergantung kepada ubat penahan sakit.
"Saya telah mula mengambil ubat penahan sakit selepas mengalami kecederaan ketika menjalani latihan semalam. Saya yakin kecederaan ini tidak begitu serius."