Deruman enjin, aksi drift, dan vibe Jepun yang padu bakal menggegarkan Sepang semula!
Perlumbaan Super GT Malaysia Festival 2025 akhirnya kembali ke tanah air dan akan berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2025 di Litar Antarabangsa Sepang, dari 9 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
Tahun ini, ia datang bukan biasa-biasa tapi dengan lebih 40 kereta GT paling 'power' di dunia, pemandu elit dari seluruh pelusuk dunia, dan hiburan yang sudah pasti buat anda semua rasa lagi padu daripada game racing di PS5.
Kalau anda jenis suka kereta, suka vibe Jepun, atau memang nak hujung minggu yang luar biasa, inilah tempatnya.
Kenapa kena datang? Jom kita cerita!
1. Aksi lumba yang gila padu -- Paling laju di dunia!
Super GT digelar sebagai 'the fastest GT race' di dunia -- bukan sembang kosong. Perlumbaan ni melibatkan strategi tinggi, pit stop sepantas kilat, dan perlumbaan sengit antara jentera berprestasi tinggi seperti Nissan GT-R, Toyota GR Supra dan Honda NSX. Setiap detik boleh mengubah nasib dari pole position terus ke belakang kalau silap tukar tayar!
2. Lebih 40 kereta GT dan pemandu berkelas dunia
Super GT bukan calang-calang penganjuran. Ia berasal dari All-Japan GT Championship, dan sejak mendapat pengiktirafan FIA pada 2005, ia sudah menjadi kejohanan bertaraf antarabangsa.
Dari Jepun ke Malaysia, aksi perlumbaan ini turut disiarkan secara global ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS) tetapi anda dapat tengok secara langsung depan mata.
3. Dekat gila dengan kereta dan hero litar
Nak bergambar dengan kereta yang biasanya kita tengok dekat televisyen atau majalah? Nak tengok sendiri macam mana pit crew tukar tayar dalam masa beberapa saat? Nak 'selfie' dengan pemandu antarabangsa? Di Super GT, semua tu boleh berlaku.
4. Sokong sukan permotoran negara
Bila Super GT datang ke Malaysia, ia bukan sahaja hiburan, tapi peluang untuk kita menaikkan nama negara dalam dunia permotoran. Lagi ramai datang, lagi besar impak untuk ekonomi dan bakat tempatan.
Bukan untuk lelaki je okay, satu 'family' dan kawan-kawan pun boleh datang memeriahkan event ini!
Jadinya jomlah ramai ramai kita turun ke Sepang hujung minggu ini, kalau nak tahu info tiket dan lain lain boleh terus ke www.supergtmalaysia.com.
Kita Jumpa dekat Sepang, gegar satu litar!