Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan, sahkan dia bakal bertanding bagi merebut jawatan presiden ISTAF pada kongres pemilihan badan induk itu yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.
Dia turut menjelaskan jika terdapat sokongan daripada negara-negara ahli gabungan, dia sedia untuk bersaing bagi mengisi kerusi nombor satu badan sepak takraw dunia itu.
Ketika ini jawatan presiden ISTAF dipangku oleh Timbalan Presiden, Boonchai Lorhpipat dari Thailand selepas kematian Charouck Arirachakaran juga dari thailand pada Ogos 2023 yang memikul jawatan selaku residen sejak 1988.
"Saya menunggu perbincangan di peringkan PSM dahulu, bukan mudah mengurus 40 negara dan badan induk sukan dunia. Ini bukan perkara kecil, perlu ada komitmen dan focus.
"Saya tidak menolak ada pencalonan daripada Malaysia, apapun kami perlu tunggu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ISTAF dan PSM dahulu pada 30 Jun." katanya.