Skip to main content

SUKMA

Sukma Selangor 2026 tawar acara paling tinggi dalam sejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selan.jpg
Sebanyak 474 acara melibatkan 37 jenis sukan disahkan akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-22 Selangor 2026, sekali gus menjadikannya edisi terbesar setakat ini. 

Temasya yang akan berlangsung daripada 15 hingga 24 Ogos itu melebihi lima acara berbanding edisi Sarawak 2024 sebelum ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 239 acara membabitkan atlet lelaki, 217 acara wanita dan 18 acara campuran. 

Malah, 53 venue di sembilan daerah dalam Selangor akan digunakan, termasuk Litar Antarabangsa Sepang sebagai lokasi perasmian, Stadium MBPJ untuk penutup, serta Velodrom Nasional di Nilai bagi acara berbasikal.

"Di Selangor kami menawarkan 474 acara daripada 37 sukan yang dipertanding, buat masa ini merupakan paling tertinggi dalam sejarah Sukma.

"Terdapat beberapa sukan seperti berbasikal, sukan elektronik dan sukan kategori wanita yang akan ditambah acara," katanya. 

Dalam pada itu, Mohamad Nizam Bin Marjugi selaku Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) turut tampil menyatakan kesediaan sepenuhnya kontijen Selangor kini sudah masuk ke fasa kedua dan semestinya cabaran besar menanti untuk persiapkan diri terutamanya buat sukan terjun dan angkat berat kelak. 

"Sebagai tuan rumah memang kami perlu menyediakan semua atlet tetapi memang ada beberapa sukan yang sukar untuk mencari atlet terutama sukan angkat berat kerana perlu masa lama untuk dibangunkan.

"Tetapi kami cuba usahakan agar ada wakil negeri Selangor dalam semua acara yang dipertandingkan." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video