Pelapis squash negara, Harith Danial Jefri, bakal menjalani latihan bersama pemain squash nombor satu negara, Ng Eain Yow sebaik memilih untuk ke universiti yang sama, Universiti West Of England (UWE) dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Dia yang bakal terbang ke England selepas tamat saingan Sukan Malaysua (Sukma) Sarawak mengakui teruja dengan memberi jaminan kariernya sebagai pemain squash negara dan pada masa yang sama bertanggungjawab dalam bidang pelajaran.

Rencana Harith adalah untuk memperbaiki ranking dunia yang kini berada di kedudukan ke-481 menerusi Kejohanan PSA yang bakal di sertai selepas ini.

Harith bersama pasangannya Natalie Sim cemerlang dalam mempertahankan kilauan emas untuk Sarawak dalam acara squash beregu campuran selepas menewaskan pasangan dari Melaka, Thanusaa Uturian/ Andrik Lim Kai Shan, 11-9,8-11,11-9 dalam tempoh 35 minit.

"Saya rasa tiada masalah buat saya kerana walau sambung belajar di luar negara saya akan tetap bermain squash, jurulatih kebangsaan akan berbangga dengan saya.

"Kerana saya akan berlatih bersama Ng Eain Yow di sana, jadi saya rasa jurulatih akan gembira jadi tiada masalah buat mereka. Saya akan berbincang berkenaan persekitaran di sana memandangkan berbeza dengan Malaysia." Katanya.