Walaupun baru empat bulan dalam sukan memanah, Nur Qurratul Zaqieya Yusuf, mencipta sensasi untuk kontinjen Perak dengan meraih pingat emas pertama dalam memanah 50m compound berpasukan wanita Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, hari ini.
Pelajar berusia 16 tahun itu serta dua lagi rakan sepasukannya, Fatiha Uzzair dan Puteri Nuryn Jazlina Hairol Supfian, mengatasi Johor dengan hanya satu mata.
End kedua nyata membawa tuah buat mereka apabila menang 59-55 mata, seterusnya mengumpul mata keseluruhan 221-220 untuk menggondol emas di Lapang Sasar Memanah Petra Jaya, Kuching.
???
— karlnunis (@_karlnunis) August 22, 2024
TERKINI !!!
AJE HANDEI YONG ???
Perak cipta sensasi raih pingat emas pertama memanah menerusi saingan 50m compound berpasukan wanita menewaskan Johor 221-220.
Paling gempak, Nur Qurratul Zaqieya (tengah) baru belajar memanah 4 bulan lepas ???@ASTROARENA pic.twitter.com/tJkDr5P5UB