Berikutan kecederaan lutut yang dialami pemain pertahanan bola jaring negara, S Pavitrah, dalam Kejohanan Asia di Singapura, yang menutup tirai semalam memaksa kontinjen Kuala Lumpur mempersiapkan pelan B untuk menyinar.
Ketiadaan tonggak utama tidak merencatkan impian pingat emas barisan Kuala Lumpur yang akan memulakan cabaran dalam Sukan Malaysia (Sukma) MSN pada Isnin depan.
"Kami sudah bersedia.
"Kami ada senarai 18 pemain dan kami bersedia jika sesiapa didapati tidak layak untuk meneruskan cabaran dalam Sukma.
"Sekarang kami buat latihan yang lebih ketat lagi jadi kami sudah bersedia dengan apa jua penggantian yang akan dibuat nanti.
"Pavi adalah atlet muda dan kariernya masih panjang. Kami akan segerakan rawatan buatnya untuk pulih," kata pengurus bola jaring Kuala Lumpur, Yatimah Hashim.
Apa pun, Kuala Lumpur sudah merangka persediaan awal selengkapnya untuk berdepan sebarang kebarangkalian termasuk isu kecederaan Pavitrah.
"Sasaran kami tetap tinggi, kami mahukan emas.
"Walaupun ketiadaannya, semangat kami tetap tinggi dan kami akan curahkan yang terbaik," kata naib juara Sooka NSL 2022, Leisharaani Jewa.
Sementara itu, wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, pula mendapatkan perkembangan tentang kecederaan Pavitrah yang dinasihatkan agar bersedia daripada segi mental apabila dia mungkin akan mengalami tiga kecederaan serius di bahagian lutut; 'ACL, MCL dan meniskus'.
Bagaimanapun keputusannya akan diketahui selepas imbasan 'MRI' dalam masa terdekat.

Keputusan Penuh Penentuan 3/4 :
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 11, 2022
Hong Kong 42 -54 Malaysia | Asian Netball Championship 2022⛹?♀️#ANC2022 pic.twitter.com/Or1YVtc4ZB