Skip to main content

Sukan Lain

Sukma MSN: Andre Anura pertahankan pingat emas lompat kijang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andre-anura.jpg
Atlet lompat kijang kebangsaan, Andre Anura Anuar, mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam edisi Sukan Malaysia (Sukma) yang lalu apabila mengungguli acara itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Andre yang mewakili negeri Sabah melakukan lompatan sejauh 16.43 meter (m) untuk meraih emas dengan pingat perak dimenangi Muhammad Izzul Haniff Mohd Raffi dari Selangor (15.56 m) manakala gangsa dimiliki wakil Sarawak, Brendon Ting Li King (15.14 m).

Andre sememangnya menyasarkan untuk mengekalkan pingat emas yang dimenanginya pada 2018 sebelum ini.

“Untuk lompatan kali ini, saya berpuas hati dengan lompatan yang dicatatkan iaitu lebih 16.4m.

"Kali terakhir saya buat catatan seperti ini dalam Sukan SEA yang lalu,” katanya.



Ketika ditanya perancangannya selepas ini, Andre memutuskan untuk berehat daripada menyertai sebarang kejohanan dan mahu memfokuskan untuk fasa ‘conditioning’.

Jelasnya, sasaran selepas ini adalah untuk mengekalkan pingat emas dimenanginya sambil berharap mampu untuk memcahkan rekod kebangsaan di Sukan Sea Kemboja.

“Selepas Sukma ini, saya fokus untuk latihan 'conditioning'. Pada tahun hadapan saya akan banyak menyertai kejohanan luar antaranya Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Universiti Dunia.

“Jadi saya ambil keputusan untuk rehat awal. Selepas ini saya sasar untuk kekalkan pingat emas dan mahu pecah rekod kebangsaan dalam Sukan SEA Kemboja," ujarnya.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Must Watch Video