Skip to main content

SUKMA

Sukma: Malaysia Swmming ambil positif tiada cara 10m platform seirama wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andy-low.jpg
Setiausaha Agung Persekutuan Malaysia Swimming, Andy Low, tidak melatah dengan keputusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) menggugurkan acara 10 meter platform seirama wanita ekoran gagal memenuhi syarat minimum penyertaan.

Malah Andy melihat penganjuran kali ini lebih baik dengan hanya menggugurkan satu acara sahaja berbanding penganjuran pada 2022 yang menolak keseluruhan acara terjun wanita atas alasan yang sama. 
 

Impak kecil tetap ada -- apatah lagi acara tersebut merupakan acara utama skuad kebangsaan antara yang sering menghadirkan kutipan pingat dalam saingan peringkat antarabangsa.

Selepas Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee -- Kimberly Bong dan Eilisha Rania antara calon yang bakal menyambung legasi.

Namun darjah kesukaran kedua-dua penerjun muda itu masih di tahap rendah dan memerlukan peningkatan dari masa ke semasa.

Advertisement

Must Watch Video