Skip to main content

Sukan Lain

SUKMA 2024: Misi emas Ashalina Sakinah dominasi acara lompat kijang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johor.jpg
Atlet lompat kijang Johor, Ashalina Sakinah, berazam meraih pingat emas acara kegemarannya serta lompat jauh menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024, Ogos ini.

Kejayaan bergelar juara pada Kejohanan Terbuka Tambunan di Sabah pada 6 dan 7 Julai lalu menjadi batu loncatan untuk dirinya beraksi dengan baik pada temasya tertinggi tanah air itu.

"Tujuan saya meletakkan sasaran sedemikian adalah kerana ini merupakan penampilan terakhir saya dalam temasya ini malah, saya juga dapat mengembara mengumpul pengalaman berharga selain ingin memastikan kejuaraan milik kontinjen Johor," katanya.

Sementara itu, atlet 400m kebangsaan, Umar Osman, turut berjanji akan mempertahankan dua koleksi pingat emas yang dimenanginya sebelum ini pada temasya edisi lalu. 
 

Advertisement

Must Watch Video