SUKAN LAIN
Sukan SEA: Zaidatul sasar perbaiki persembahan di Vietnam
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, mencatat masa terpantas tahun ini, 11.62 saat, bagi acara pecut 100 meter, lebih laju berbanding pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2019.
Lebih menarik, di Kejohanan Olahraga Tertutup Kuala Lumpur, tiga lagi pelari, Fatin Ilyana Mat Nayan, Nor Sarah Adi serta S. Komalam Shally, dilihat memiliki peluang cerah membarisi kuartet 100m Sukan SEA Vietnam.
"Saya tetap berpuas hati dengan catatan masa walaupun terlepas kesilapan daripada segi teknikal dan berharap dapat memperbaikinya dalam Sukan SEA nanti," kata Zaidatul.
Iklan
Malang buat Khairul Hafiz Jantan apabila mengalami kecederaan pada penghujung perlumbaan final 100m lelaki, hingga dipintas Muhamad Zulfikar Ismail untuk emas dengan catatan 10.46s.
Cabaran besar buat Zulfiqar yang akan beraksi dalam 100m Sukan SEA dengan kebangkitan pelari muda Thailand.
Sementara itu, Rayzam Shah Wan Sofian mengumumkan bakal bersara di Sukan SEA Vietnam jika gagal gagal layak ke Sukan Asia.
Terdahulu, Rayzam menepati ramalan meraih emas acara 110 meter berpagar dengan catatan masa 14.33s.
Must-Watch Video