SUKAN SEA

Sukan SEA Thailand: Tuan rumah tambah 16 acara, jumlah sukan jauh lebih tinggi berbanding Kemboja 2023

Stadium Astro
Najmi Iman
28/12/2024
10:34 MYT
Sponsor Banner
Sukan SEA Thailand: Tuan rumah tambah 16 acara, jumlah sukan jauh lebih tinggi berbanding Kemboja 2023
Sebanyak 50 jenis sukan akan dipertandingkan dalam Sukan SEA Thailand 2025 yang melebihi jumlah acara daripada edisi terdahulu di Kemboja 2023.
Tuan rumah berpotensi menawarkan jumlah pingat emas terbanyak dengan 585 acara di jangka menjadi rebutan seluruh atlet Asia Tenggara dalam temasya dwitahunan itu.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, penganjur telah membuat beberapa penambahan dan perubahan acara di luar jangkaan semasa mesyuarat maya yang diadakan minggu lepas.
Terdapat penambahan 16 acara baharu sambil 11 telah digugurkan. Perubahan tersebut melibatkan sukan gimnastik, kanu, berbasikal, e-sukan, pencak silat dan judo.
Pada edisi lepas di Kemboja, sebanyak 580 acara melibatkan 36 jenis sukan dipertandingkan, manakala edisi 2021 di Vietnam dan 2019 di Filipina masing-masing menyaksikan 523 acara (40 sukan) dan 530 acara (56 sukan).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video