HOKI

Sukan SEA Thailand: Skuad senior hoki galas cabaran

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
26/02/2025
10:49 MYT
Sponsor Banner
Sukan SEA Thailand: Skuad senior hoki galas cabaran
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal mempertaruhkan lapan wajah baru untuk melengkapkan senarai 30 pemain yang akan menggalas tugas memperkuatkan skuad kebangsaan bagi musim 2025.
Kombinasi kesemua pemain ini dilihat sebagai penekanan kepada keseimbangan di antara pengalaman dan bakat muda bagi memastikan misi besar mampu direalisasikan menjelang tiga kejohanan utama termasuk Sukan SEA Thailand, Disember depan.
"Selalunya untuk Sukan SEA kami hantar pasukan remaja tapi tahun ini kami hantar pasukan senior.
"(Ini) sebab pasukan remaja lelaki dan wanita akan di India dan Chile," kata Timbalan Presiden KHM, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak.
Antara nama yang berada dalam senarai adalah termasuk dua pemain muda TNB, Adam Ashraf Johari, Haris Iskandar Osman, Andywalfian Jeffrynus, Rafaizul Mohamad Sani dan Danish Afnan Mohd Faizal.
Pemilihan ini dinilai berdasarkan prestasi semasa pemain dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini, selain potensi barisan pemain untuk menyumbang kepada kekuatan pasukan dalam jangka masa panjang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video