SEPAK TAKRAW
Sukan SEA Thailand: Presiden ISTAF tinjau venue sepak takraw di Nakorn Pathom
Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, mengadakan lawatan ke Nakorn Pathom Sports Center Gymnasium yang merupakan venue acara sepak takraw Sukan SEA Thailand 2025 nanti.
Turun hadir meninjau lokasi itu adalah Pemangku Presiden ISTAF Boonchai Lorhphipat, Timbalan Presiden ISTAF Muhammad Fariq Halim dan Naib Presiden Persatuan Takraw Thailand merangkap Pengurus Pertandingan Sukan Sea Thailand Prof. Chalerm Chaiwatcharaporn.
Dia berpandangan venue itu amat sesuai selain memberikan reaksi posititf selain melihat fasiliti itu sebagai menepati piawaian bagi penganjuran temasya bertaraf antarabangsa itu nanti.
Iklan
Lokasi berkapasiti 4000 orang itu lengkap berhawa dingin dengan Majlis Perbandaran Nakorn Pathom turut memberikan jaminan akan menaik taraf dewas yang kemudahan bagi memberikan keselesaan maksimum semasa kejohanan berlangsung.
Malah, Datuk Abdul Halim turut optimis pengajuran acara sepak takraw di Sukan SEA edisi ke-33 itu nanti akan menjadi platform terbaik dalam mencapai mutu tata Kelola yang menepati cita rasa semua pihak mengikut standard dan sifar kecacatan.
Must-Watch Video