Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Harap MOM dapat buat sesuatu -- Azrul Hisyam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mom.jpg
Timbalan Pengarah bahagian atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Azrul Hisyam, menggesa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terus mendesak Thailand agar mempertimbangkan kembali beberapa sukan prospek emas negara untuk dimasukkan semula dalam Sukan SEA 2025 di Thailand. 

Rekod mimpi buruk dalam Sukan SEA Kemboja lalu mampu berulang seandainya beberapa sukan yang menjadi lubuk emas negara lenyap daripada radar dan tidak dipertandingkan. 

Seandainya sukan tersebut tidak dimainkan, langkah drastik perlu dilakukan segera untuk memastikan sukan lain mampu menyumbang pingat emas. 

"Program latihan Sukan SEA sudah bermula seawal 2024 dalam masa pertama seperti dirancang oleh beberapa persatuan sukan. Namun, apabila keputusan yang dibuat oleh tuan rumah, Thailand, yang tidak mahu mengelola sebahagian sukan akan menjejaskan jumlah pungutan pingat negara.

"Kami berharap pihak MOM memainkan peranan penting dan kami percaya mereka akan membuat rayuan mengemukakan permohonan untuk memastikan sukan-sukan tersebut kembali dalam senarai kejohanan," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video